Friday, December 19, 2008
Warna Warni Astro 3 di Sekitar Induksi
Astro 3 Mengacara Majlis
Fasilitator Kumpulan 3
"Kumpulan 3, apa dahhhhhh...."
Pedas.... Panas....
Sudut Kreatif Astro 3 72 Jam Sebelum Penghakiman
Kumpulan 3 Lelaki Johan Volley Ball
Thursday, December 18, 2008
Latar Belakang Ringkas Ahli Kumpulan Astro 3
Ketua: Kapten Idris (Unit Sukan)
Kumpulan ini didalangi oleh Encik Idris atau “Boss”. Seorang yang tidak bermegah diri walaupon dialah yang paling senior dalam kumpulan kami. Dia selalu bertutur dengan saya dalam Bahasa Inggeris. Mungkin kerana saya seorang guru bahasa Inggeris atau mungkin dia ingin mengambil peluang untuk menajamkan lagi kebolehannya dalam bahasa itu. Ada sense of humour. Selalu bertutur dengan cara baik. Dia banyak membantu dalam persembahan aerobic dengan idea-idea dan pengetahuannya dalam sains sukan tetapi seperti biasa dia tidak memaksa kumpulan untuk menerima cadangannya seratus peratus (i.e. tidak gila kuasa). [Ulasan oleh Siti].
Kapten Idris Mohd Yusoff memang seorang pemimpin berjiwa sukan. Menetap bersama keluarga tercinta di Mutiara Rini, beliau kini seorang pegawai sukan di Pusat Sukan UTM dan sedang belajar master of science (Human Resource Developtment) di UTM. Sebelum ini beliau baru sahaja menyelesaikan ijazah Sains dengan Pendidikan (Minor Sports Science) dari UTM. Sebelum itu pada tahun 2001, beliau memperoleh diploma dalam Sports Management. Beliau terlibat dengan sangat aktif dalam bidang sukan dan pernah mewakili UTM dalam acara memanah dan pelbagai sukan lain. Kegemaran beliau adalah “travelling”, jungle tracking dan outdoor games.
Pen. Ketua: Leftenen Dr. Noranieza (PKU)
Kemudiannya ada Norannieza yang lebih dikenali sebagai doktor. Dia selalu dimistakenkan sebagai seorang dokter falsafah. Sebenarnya dia adalah seorang dokter gigi yang mempunyai ramai “patient” dari luar dan dalam kumpulan Astro 3. Mereka sering memerlukan hikmat nasihatnya tentang gigi, kebersihan gigi dan klinik gigi di UTM. Disebabkan dialah saja seorang medikal dokter di induksi ini, maka dia adalah penarik bagi kumpulan kami. Dia juga seorang yang senang ketawa dan cepat juga memberi sepatah kata dua sebagai “balasan” jika diusik. Yang selalu mendapat bahananya – Luqman. [Ulasan oleh Siti]
Ahli Platoon:
L.M. Azlina (CICT)
Kemudiannya ada Norannieza yang lebih dikenali sebagai doktor. Dia selalu dimistakenkan sebagai seorang dokter falsafah. Sebenarnya dia adalah seorang dokter gigi yang mempunyai ramai “patient” dari luar dan dalam kumpulan Astro 3. Mereka sering memerlukan hikmat nasihatnya tentang gigi, kebersihan gigi dan klinik gigi di UTM. Disebabkan dialah saja seorang medikal dokter di induksi ini, maka dia adalah penarik bagi kumpulan kami. Dia juga seorang yang senang ketawa dan cepat juga memberi sepatah kata dua sebagai “balasan” jika diusik. Yang selalu mendapat bahananya – Luqman. [Ulasan oleh Siti]
L.M. Siti Khadijah Binti Abdul Wahab (FPPSM)
Saya baru menjawat jawatan guru bahasa di UTM selama lapan bulan tetapi sudah berkecimpung dalam arena pendidikan selama 9 tahun bermula pada tahun 1999. Saya telah bekerja sebagai penolong pensyarah di Multimedia University, Melaka sebagai expatriate staff dan enam tahun kemudian disahkan sebagai rakyat Malaysia. Di Melaka saya banyak menghabiskan masa dengan mengajar proficiency dan technical English kepada pelajar-pelajar Malaysia dan juga luar negeri seperti, Saudi Arabia, Indonesia, Mongolia, Iran dan banyak lagi. Saya juga memberi bengkel Bahasa Inggeris pada staf sokongan dan profesional. Saya bercita-cita untuk mendalami bidang pengajaran Bahasa Inggeris dan instructional design dan akan menyertai kelas master (insyallah) tahun depan.
L.M. Redha (FKSG)
Mohamad Redha Bin Md Dali dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1983. Beliau hidup berpindah randah dan pernah menetap di Kelantan, Sarawak, Pahang dan Johor. Mendapat pendidikan sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur dan Skudai. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai jenis bidang pekerjaan. Antara kerja yang pernah beliau buat adalah jurujual, operator pengeluaran, pembantu penyelia, pengawal keselamatan, pelatih praktikal, juruwang, pembantu penyelidik, penolong pegawai sumber manusia dan yang terkini sebagi penolong pendaftar di UTM. Beliau yang masih bujang gemar menonton wayang, berkaraoke, main futsal dan bola tampar serta melayari internet.
Seorang lagi ahli kumpulan Astro 3 adalah Redha. Seorang yang sangat kreatif dengan idea-ideanya dan tidak pernah tidak membantu kumpulan dengan tugasan-tugasan yang diberi fasilitator – baik tugasan sudut kreatif, penulisan atau persembahan. Mudah tergelak dan selalu kelihatan rancak berseloroh bersama Lukman dan sangat animated di depan camera. Tetapi dia boleh serius dalam penglibatannya pada tugasan yang telah diagihkan. Dia juga mempunyai kesungguhan untuk memikirkan cara terbaik untuk tugasan di induksi. [Ulasan oleh Siti]
L.M. Norazwa
Ahli kumpulan yang keempat adalah Norazwa yang lebih suka dipanggil Azwa. Memandangkan setiap hari dia duduk disebelah saya di bilik kuliah, dia tidak meninggalkan peluang untuk bertanyakan tentang permasalahannya dalam Bahasa Inggeris. Dia menunjukkan minat untuk memperbetulkan penggunaan Bahasa Inggerisnya. Jarang dia mengambil keputusan sendiri dalam menentukan arah kumpulan ini. Dia selalu bermushawarah bersama ahli kumpulan apabila hendak menentukan tugasan yang telah diagihkan. [Ulasan oleh Siti]
L.M. Shafi (PKU)
L.M. Lukman (FSKB)
Lukman Hakim Ismail dilahirkan di Kuala Sungai Baru, Melaka pada 14 December 1982. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Othman Shahwal dan kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu. Pada peringkat ijazah, beliau telah di anugerahkan ijazah Bioperubatan dari UKM dan Pengurusan Teknologi untuk peringkat sarjana dari UTM. Mula bertugas di FKBSK sebagai pensyarah muda pada Jun 2008. Lukman Hakim Ismail aktif dalam mempromosi sukan berkuda di UTM serta mempunyai rekod cemerlang dalam kerja-kerja amal di sekitar Johor Bahru.
Ulasan terhadap Lukman oleh Siti: Dia selalu berpakaian smart dan berambut pendek seperti seorang yuppy yang banyak dilihat dibandaraya KL. Walaubagaimanapun, dialah yang paling bising dan animated dalam kumpulan Astro 3. Selalu sahaja berseloroh bersama kawan-kawan seinduksi dan lebih suka merelakan dirinya disuruh untuk menyiapkan tugasan-tugasan induksi dari mengarah mana-mana ahli dalam kumpulan. Mungkin disebabkan umurnya yang lebih muda dari kami semua. Suka berlawak dalam melaksanakan tugas dengan gaya-gayanya yang begitu animated dan dia bagaikan live wire di dalam kumpulan. Without him, we won’t be laughing ear to ear.
L.M. Zaki Yamani Zakaria (FKKKSA)
Hiasan Proses Pertama
Idea asal Astro 3 pada hari pertama. Lakaran logo diilhamkan oleh Zaki manakala tulisan Astro 3 adalah dari bakat Redho. Idea motto adalah hasil pemikiran semua ahli pasukan.
Sesi brainstorming Astro 3 untuk menghias sudut kreatif kami.
Lakaran idea diterjemah ke atas kertas.
Asyik berbincang... pening juga... :)Thursday, December 11, 2008
Tugasan Astro 3
"Cabaran utama pegawai perkhidmatan awam dalam menangani perubahan pada alaf baru ialah perubahan minda, sikap dan cara berkerja selaras dengan perkembangan pesat yang melibatkan soal-soal globalisasi, kemajuan teknologi maklumat dan persaingan yang sengit antara negara. Mereka perlu melaksanakan peranan sebagai agen perubahan yang lebih pro aktif. Kita tidak perlu lagi menjadi pemerhati kepada perubahan serta bersikap pasif atau tunggu dan lihat kerana perubahan yang pantas berlaku di sekeliling kita."
Peneraju Warisan Gemilang, 2003
Berdasarkan petikan di atas, kumpulan Astro 3 diminta menggariskan langkap-langkah yang perlu dilaksanakan ke arah melahirkan staf yang berdaya saing, effektif dan efisyen bagi memastikan perkhidmatan awam dipandang tinggi dan kekal releven.
Anda boleh download tugasan kami di sini.
Ahli Kumpulan Astro 3
Ketua:Kapten Idris
Pegawai Sukan
Unit Sukan UTM
Pen. Ketua:Leftenen Dr. Noranieza
Doktor Gigi
Pusat Kesihatan UTM
Ahli-ahli Platoon:
L.M. AzlinaPensyarah
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM)
L.M. Siti KhadijahGuru Bahasa Inggeris
Fakulti Pengurusan dan Pembangangunan Sumber Manusia (FPPSM)
L.M. RedhaPenolong Pendaftar
Fakulti Kejuruteraan Sains dan Geoinformasi (FKSG)
L.M. AzwaKounselor Kerjaya
L.M. ShafiPegawai Kesihatan
Pusat Kesihatan UTM
Pensyarah
Fakulti Sains Kesihatan dan Biomedikal (FSKB)
L.M. Zaki Yamani ZakariaPensyarah
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli (FKKKSA)
Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Kumpulan Astro 3
Kumpulan 3 telah menamakan kumpulannya sebagai Astro 3.Nama Kumpulan Astro dan Slogan Kumpulan
Al Qur’an telah menjelaskan kegunaan dan manfaat bintang-bintang, iaitu sebagai hiasan.
Surah Fussilat ayat 12 menyebut: Maka Dia menjadikan tujuh langgit dalam dua masa. Dia wahyukan pada tiap-tiap langit urusannua. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
Al Qur’an juga menjelaskan kegunaan dan manfaat bintang-bintang sebagai penunjuk arah di dalam surah 6, ayat 97: Dan Dialah yang menjadikan bintang- bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui."
Allah telah memberikan bintang kepada para pelaut dan penjelajah untuk menemukan jalan. Sungguh menakjubkan betapa bintang dapat menunjuk kita dan membantu kita disaat tersesat. Bintang membuktikan kepada kita bahwa Allah adalah Maha Kuasa, Maha Pengasih, dan Maha Penyayang.
Makanya, sifat-sifat bintang yang berkelip dari jauh, bercahaya memberi petunjuk arah kepada nakhoda yang sedang berlayar, berseri bak berlian yang bertaburan, bersinar cantik di waktu malam yang pekat dan berkilau jika manusia mampu datang terlalu dekat telah dijadikan slogan kumpulan ini.
Bintang yang berkelip seumpama individu yang mempunyai potensi besar untuk berjaya di bidang kerjayanya tetapi masih perlu digilap. Bintang yang bercahaya pula seumpama individu yang menerangi dunia ini dengan usahanya supaya dapat di manfaatkan oleh segala makhluk di dunia ini. Manakala bintang yang berseri pula mengambarkan individu yang memberi inspirasi kepada manusia yang melihatnya. Bintang yang bersinar seumpama individu yang berjaya dalam bidangnya dan dihadiahkan pula dengan pingat emas tanda kejayaannya. Akhir sekali bintang yang berkilau hebat sehingga menyilaukan mata seumpama individu yang dihormati dan disegani kerana kejayaan dan pengaruhnya yang begitu meluas.
Buruj Taurus
TWINKLE, TWINKLE LITTLE STAR
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!
When the blazing sun is gone,
When there's nothing he shines upon,
Then you show your little light,
Twinkle, twinkle, through the night.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!
In the dark blue sky so deep
Through my curtains often peep
For you never close your eyes
’Til the morning sun does rise
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are
BINTANG HATI OLEH AMY MASTURA
Bintang-bintang berkerdipan
Hanya satu mengusik pandang
Hanya satu antara seribu
Pilihanku
Berkerdipan menghiasi
Hanya satu bintang di hati
Hanya dikau dalam seribu yang telah
Menawanku
( korus )
Datanglah ke dalam hidupku
Bawakanlah cahaya cinta mu
Datanglah ke dalam hidupku
Kini dirimu aku rindu
Di mataku kau berbeza
Kilauanmu menyentuh rasa
Kaulah bintang bersama cahaya
Tersembunyi
Bintang hati kau penyeri
Ku dambakan kasih sayangmu
Geloraku setiap waktu berlalu
Kau ku tunggu
( ulang korus 2X )
Bintan! g-bintang berkerdipan
Yang datang mengusik pandang
Kau satukan antara seribu pilihanku
Hanya kau ku rindu
( ulang korus 2X )






