Ketua: Kapten Idris (Unit Sukan)
Kumpulan ini didalangi oleh Encik Idris atau “Boss”. Seorang yang tidak bermegah diri walaupon dialah yang paling senior dalam kumpulan kami. Dia selalu bertutur dengan saya dalam Bahasa Inggeris. Mungkin kerana saya seorang guru bahasa Inggeris atau mungkin dia ingin mengambil peluang untuk menajamkan lagi kebolehannya dalam bahasa itu. Ada sense of humour. Selalu bertutur dengan cara baik. Dia banyak membantu dalam persembahan aerobic dengan idea-idea dan pengetahuannya dalam sains sukan tetapi seperti biasa dia tidak memaksa kumpulan untuk menerima cadangannya seratus peratus (i.e. tidak gila kuasa). [Ulasan oleh Siti].
Kapten Idris Mohd Yusoff memang seorang pemimpin berjiwa sukan. Menetap bersama keluarga tercinta di Mutiara Rini, beliau kini seorang pegawai sukan di Pusat Sukan UTM dan sedang belajar master of science (Human Resource Developtment) di UTM. Sebelum ini beliau baru sahaja menyelesaikan ijazah Sains dengan Pendidikan (Minor Sports Science) dari UTM. Sebelum itu pada tahun 2001, beliau memperoleh diploma dalam Sports Management. Beliau terlibat dengan sangat aktif dalam bidang sukan dan pernah mewakili UTM dalam acara memanah dan pelbagai sukan lain. Kegemaran beliau adalah “travelling”, jungle tracking dan outdoor games.
Pen. Ketua: Leftenen Dr. Noranieza (PKU)
Kemudiannya ada Norannieza yang lebih dikenali sebagai doktor. Dia selalu dimistakenkan sebagai seorang dokter falsafah. Sebenarnya dia adalah seorang dokter gigi yang mempunyai ramai “patient” dari luar dan dalam kumpulan Astro 3. Mereka sering memerlukan hikmat nasihatnya tentang gigi, kebersihan gigi dan klinik gigi di UTM. Disebabkan dialah saja seorang medikal dokter di induksi ini, maka dia adalah penarik bagi kumpulan kami. Dia juga seorang yang senang ketawa dan cepat juga memberi sepatah kata dua sebagai “balasan” jika diusik. Yang selalu mendapat bahananya – Luqman. [Ulasan oleh Siti]
Ahli Platoon:
L.M. Azlina (CICT)
Kemudiannya ada Norannieza yang lebih dikenali sebagai doktor. Dia selalu dimistakenkan sebagai seorang dokter falsafah. Sebenarnya dia adalah seorang dokter gigi yang mempunyai ramai “patient” dari luar dan dalam kumpulan Astro 3. Mereka sering memerlukan hikmat nasihatnya tentang gigi, kebersihan gigi dan klinik gigi di UTM. Disebabkan dialah saja seorang medikal dokter di induksi ini, maka dia adalah penarik bagi kumpulan kami. Dia juga seorang yang senang ketawa dan cepat juga memberi sepatah kata dua sebagai “balasan” jika diusik. Yang selalu mendapat bahananya – Luqman. [Ulasan oleh Siti]
L.M. Siti Khadijah Binti Abdul Wahab (FPPSM)
Saya baru menjawat jawatan guru bahasa di UTM selama lapan bulan tetapi sudah berkecimpung dalam arena pendidikan selama 9 tahun bermula pada tahun 1999. Saya telah bekerja sebagai penolong pensyarah di Multimedia University, Melaka sebagai expatriate staff dan enam tahun kemudian disahkan sebagai rakyat Malaysia. Di Melaka saya banyak menghabiskan masa dengan mengajar proficiency dan technical English kepada pelajar-pelajar Malaysia dan juga luar negeri seperti, Saudi Arabia, Indonesia, Mongolia, Iran dan banyak lagi. Saya juga memberi bengkel Bahasa Inggeris pada staf sokongan dan profesional. Saya bercita-cita untuk mendalami bidang pengajaran Bahasa Inggeris dan instructional design dan akan menyertai kelas master (insyallah) tahun depan.
L.M. Redha (FKSG)
Mohamad Redha Bin Md Dali dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1983. Beliau hidup berpindah randah dan pernah menetap di Kelantan, Sarawak, Pahang dan Johor. Mendapat pendidikan sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur dan Skudai. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai jenis bidang pekerjaan. Antara kerja yang pernah beliau buat adalah jurujual, operator pengeluaran, pembantu penyelia, pengawal keselamatan, pelatih praktikal, juruwang, pembantu penyelidik, penolong pegawai sumber manusia dan yang terkini sebagi penolong pendaftar di UTM. Beliau yang masih bujang gemar menonton wayang, berkaraoke, main futsal dan bola tampar serta melayari internet.
Seorang lagi ahli kumpulan Astro 3 adalah Redha. Seorang yang sangat kreatif dengan idea-ideanya dan tidak pernah tidak membantu kumpulan dengan tugasan-tugasan yang diberi fasilitator – baik tugasan sudut kreatif, penulisan atau persembahan. Mudah tergelak dan selalu kelihatan rancak berseloroh bersama Lukman dan sangat animated di depan camera. Tetapi dia boleh serius dalam penglibatannya pada tugasan yang telah diagihkan. Dia juga mempunyai kesungguhan untuk memikirkan cara terbaik untuk tugasan di induksi. [Ulasan oleh Siti]
L.M. Norazwa
Ahli kumpulan yang keempat adalah Norazwa yang lebih suka dipanggil Azwa. Memandangkan setiap hari dia duduk disebelah saya di bilik kuliah, dia tidak meninggalkan peluang untuk bertanyakan tentang permasalahannya dalam Bahasa Inggeris. Dia menunjukkan minat untuk memperbetulkan penggunaan Bahasa Inggerisnya. Jarang dia mengambil keputusan sendiri dalam menentukan arah kumpulan ini. Dia selalu bermushawarah bersama ahli kumpulan apabila hendak menentukan tugasan yang telah diagihkan. [Ulasan oleh Siti]
L.M. Shafi (PKU)
L.M. Lukman (FSKB)
Lukman Hakim Ismail dilahirkan di Kuala Sungai Baru, Melaka pada 14 December 1982. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Othman Shahwal dan kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu. Pada peringkat ijazah, beliau telah di anugerahkan ijazah Bioperubatan dari UKM dan Pengurusan Teknologi untuk peringkat sarjana dari UTM. Mula bertugas di FKBSK sebagai pensyarah muda pada Jun 2008. Lukman Hakim Ismail aktif dalam mempromosi sukan berkuda di UTM serta mempunyai rekod cemerlang dalam kerja-kerja amal di sekitar Johor Bahru.
Ulasan terhadap Lukman oleh Siti: Dia selalu berpakaian smart dan berambut pendek seperti seorang yuppy yang banyak dilihat dibandaraya KL. Walaubagaimanapun, dialah yang paling bising dan animated dalam kumpulan Astro 3. Selalu sahaja berseloroh bersama kawan-kawan seinduksi dan lebih suka merelakan dirinya disuruh untuk menyiapkan tugasan-tugasan induksi dari mengarah mana-mana ahli dalam kumpulan. Mungkin disebabkan umurnya yang lebih muda dari kami semua. Suka berlawak dalam melaksanakan tugas dengan gaya-gayanya yang begitu animated dan dia bagaikan live wire di dalam kumpulan. Without him, we won’t be laughing ear to ear.
L.M. Zaki Yamani Zakaria (FKKKSA)
No comments:
Post a Comment