Thursday, December 11, 2008

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Kumpulan Astro 3

Kursus Induksi Sesi 2 Tahun 2008 diadakan dari 4 - 24 Disember 2008 bertempat di P19, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM, Skudai. Terdapat seramai 53 peserta yang menyertai kursus ini. Seiringan dengan itu, peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan kekuatan seramai 8-9 orang.
Kumpulan 3 telah menamakan kumpulannya sebagai Astro 3.



Nama Kumpulan Astro dan Slogan Kumpulan


Perkataan astro berasal dari perkataan Yunani ('a`stron ) yang bermakna bintang. Kajian membuktikan bahawa di alam ini terdapat jasad yang mengeluarkan tenaga dan cahayanya sendiri yang diberi nama bintang. Matahari adalah salah satu bintang di alam ini. Bintang juga adalah pelita-pelita yang menghiasi langit dan mereka kelihatan kecil karena sangat jauh dari bumi.

Al Qur’an telah menjelaskan kegunaan dan manfaat bintang-bintang, iaitu sebagai hiasan.

Surah Fussilat ayat 12 menyebut: Maka Dia menjadikan tujuh langgit dalam dua masa. Dia wahyukan pada tiap-tiap langit urusannua. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

Al Qur’an juga menjelaskan kegunaan dan manfaat bintang-bintang sebagai penunjuk arah di dalam surah 6, ayat 97: Dan Dialah yang menjadikan bintang- bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui."

Allah telah memberikan bintang kepada para pelaut dan penjelajah untuk menemukan jalan. Sungguh menakjubkan betapa bintang dapat menunjuk kita dan membantu kita disaat tersesat. Bintang membuktikan kepada kita bahwa Allah adalah Maha Kuasa, Maha Pengasih, dan Maha Penyayang.

Makanya, sifat-sifat bintang yang berkelip dari jauh, bercahaya memberi petunjuk arah kepada nakhoda yang sedang berlayar, berseri bak berlian yang bertaburan, bersinar cantik di waktu malam yang pekat dan berkilau jika manusia mampu datang terlalu dekat telah dijadikan slogan kumpulan ini.

Bintang yang berkelip seumpama individu yang mempunyai potensi besar untuk berjaya di bidang kerjayanya tetapi masih perlu digilap. Bintang yang bercahaya pula seumpama individu yang menerangi dunia ini dengan usahanya supaya dapat di manfaatkan oleh segala makhluk di dunia ini. Manakala bintang yang berseri pula mengambarkan individu yang memberi inspirasi kepada manusia yang melihatnya. Bintang yang bersinar seumpama individu yang berjaya dalam bidangnya dan dihadiahkan pula dengan pingat emas tanda kejayaannya. Akhir sekali bintang yang berkilau hebat sehingga menyilaukan mata seumpama individu yang dihormati dan disegani kerana kejayaan dan pengaruhnya yang begitu meluas.



Kedudukan Bintang dan Aspirasi Kumpulan

Quran ada menyebut bahawa bintang-bintang duduknya tinggi di langit dalam surah Fussilat ayat 12 ada menyebut: Maka Dia menjadikan tujuh langgit dalam dua masa. Dia wahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya.

Sejurus itu manusia pula telah mengkaji beberapa kelompok bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar, seperti kelompok Pleiades yang masyhur dalam buruj Taurus. Ia menjadi masyhur kerana tergolong antara bintang-bintang yang paling terang di langit, hinggakan ia dapat dilihat tanpa mengunakan teropong walaupun pada langit yang sedikit tercemar dengan cahaya dari kota-kota manusia.

Maka begitu juga dengan inspirasi kumpulan Astro 3. Cita-cita dan matlamat kami setinggi langit yang ketujuh. Merialisasikan visi dan misi Universiti Teknologi Malaysia untuk menjadi world class university adalah cita-cita dan matlamat kami. Dari itu, usaha dan kegigihan haruslah setimpal dengan cita-cita dan matlamat kumpulan. Ia disertakan pula dengan doa supaya dipermudahkan Allah. Dengan diinspirasikan oleh kelompok bintang Pleiades, kami berharap dapat memartabatkan UTM di mata dunia.

Buruj Taurus


Lagu Tema Kumpulan

TWINKLE, TWINKLE LITTLE STAR

Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

When the blazing sun is gone,
When there's nothing he shines upon,
Then you show your little light,
Twinkle, twinkle, through the night.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

In the dark blue sky so deep
Through my curtains often peep
For you never close your eyes
’Til the morning sun does rise
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are

Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are

BINTANG HATI OLEH AMY MASTURA

Bintang-bintang berkerdipan
Hanya satu mengusik pandang
Hanya satu antara seribu
Pilihanku

Berkerdipan menghiasi
Hanya satu bintang di hati
Hanya dikau dalam seribu yang telah
Menawanku

( korus )
Datanglah ke dalam hidupku
Bawakanlah cahaya cinta mu
Datanglah ke dalam hidupku
Kini dirimu aku rindu

Di mataku kau berbeza
Kilauanmu menyentuh rasa
Kaulah bintang bersama cahaya
Tersembunyi

Bintang hati kau penyeri
Ku dambakan kasih sayangmu
Geloraku setiap waktu berlalu
Kau ku tunggu

( ulang korus 2X )

Bintan! g-bintang berkerdipan
Yang datang mengusik pandang
Kau satukan antara seribu pilihanku
Hanya kau ku rindu

( ulang korus 2X )



No comments:

Post a Comment